Apakah
Spesifikasi Tugas SISC+
Spesifikasi Tugas SISC+
PPP yang dilantik sebagai SISC+ bertanggungjawab kepada Pegawai Pelajaran Daerah di PPD yang ditempatkan. Tugas utama SISC+ adalah mempertingkat kualiti PdP guru mata pelajaran di bawah kawalannya ke arah mempertingkat penguasaan dan pencapaian murid.
Selaku SISC+, pegawai akan memperuntukkan 80% hingga 90% masa berkerja dengan guru di sekolah.
Di antara tanggungjawab
utama SISC+ adalah;
· Memastikan tahap PdP guru - guru di bawah kawalan mencapai
standard yang telah ditetapkan.
· Memastikan tahap pelaksanaan dasar dan program KPM dijalankan di
sekolah.
· Merealisasikan KPI mata pelajaran yang telah ditetapkan.
· Meningkatkan tahap profesionalisme, pengetahuan, kemahiran dan
sikap diri masing-masing.
· Merancang dan menyelaras pelaksanaan latihan untuk guru di
daerah masing-masing.
Dalam merealisasikan tanggungjawab di atas, skop tugas SISC+
boleh diperincikan seperti jadual di bawah.
Coaching and
Mentoring
|
·
Membimbing guru
meningkatkan teknik pedagogi supaya lebih efektif, kreatif dan inovatif.
·
Mencadangkan KPI
mata pelajaran kepada sekolah.
·
Berfungsi sebagai
agen perubahan positif dan menjadi pakar rujuk sumber.
|
Kurikulum
|
·
Memberi bimbingan
dan kefahaman kepada mengenai dasar dan program
·
KPM seperti MBMMBI,
LINUS, KSSR, KSSM, PBS dan lain-lain.
·
Menyampaikan
maklumat terkini mengenai mata pelajaran dan pelaksanaan penilaian kurikulum
dalam bilik darjah.
·
Mengenal pasti
isu-isu semasa bagi setiap dasar dan program yang berkaitan mata pelajaran
masing-masing.
·
Membincangkan
intervensi yang bersesuaian bagi mata pelajaran yang dibimbing.
|
Pelaporan
(Reporting)
|
·
Melaporkan dapatan
penyeliaan dan bimbingan yang telah dilaksanakan kepada PPD setiap dua
minggu.
·
Menggunakan format
pelaporan yang dibekalkan dalam buku panduan.
|
Jaringan
(Networking)
|
·
Melaksanakan
perkongsian pintar.
·
Melaksanakan sesi
latihan bersama bagi sekolah-sekolah di bawah kawalan.
|
(Sumber:http://jpwpp.moe.gov.my/v2/index.php/bm/pengurusan-akademik/320-apakah-spesifikasi-tugas-sisc)
No comments:
Post a Comment